mutakhir

NGO desak polis siasat anggota 'curang'

Oleh Yusmizal Dolah Aling

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa polis mengambil tindakan ke atas mana-mana anggotanya yang didakwa bersekongkol dengan sindiket perjudian di Sungai Buloh, Selangor.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia Che Hassan Che Johan berkata, jika dakwaan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid itu benar, maka tindakan kepada mereka yang terbabit perlu diambil bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

Katanya, isu berkenaan bukan perkara baharu, malah pihaknya juga pernah menerima maklumat tidak rasmi daripada orang awam mengenai kegiatan berkenaan sebelum ini.

"Kita ada dengar mengenai kegiatan judi ini. Bukan saja kawasan Sungai Buloh, malah beberapa tempat lain pun ada kita dengar. Polis ada jabatan bertanggungjawab khusus dalam membanteras judi serta integriti anggota.

"Inilah masanya untuk jabatan berkenaan membersihkan imej mereka yang tercalar kerana pendedahan itu. Berilah apa saja jawapan, tetapi jika tiada tindakan, masyarakat akan terus meletakkan kesalahan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Mohd Noor Izzat Johari meminta rakyat Malaysia untuk terus membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati wujud kegiatan seperti itu di kawasan mereka.

Katanya, gelombang kesedaran pengguna mengenai salah laku, aktiviti haram dan yang melanggar undang-undang ketika ini memberi ruang untuk banyak pihak membetulkan keadaan semasa.

"Sama seperti beberapa kempen sebelum ini, apabila dicetuskan oleh sesuatu keadaan, maka kita kena ambil peranan masing-masing. Bukan sahaja pengguna, pihak berwajib juga perlu menilai semula perkhidmatan serta peranan sesetengah pegawai dan anggota berdasarkan laporan dibuat," katanya.

Terdahulu, Mohd Asri ketika sidang media bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, beliau menerima ancaman daripada pihak tertentu selepas mendedahkan kewujudan beberapa premis judi, penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Pendedahan itu dibuat menerusi tiga siaran langsung di Facebook (FB) Hot Burger Malaysia sehingga tular sejak Sabtu lalu.

Berita berkaitan

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Saya belum dapat maklumat - Datuk Bandar Shah Alam

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 8:09pm
d