mutakhir

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

"SAYA tidak menjangkakan pendedahan ini akan menjadi perkara besar hingga menjadi berita gempar di seluruh negara," kata pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid.

Kelmarin, Mohd Asri, 42, membuat tiga siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Mohd Asri berkata, pendedahan itu tidak dirancang, tetapi dibuat kerana rasa 'cemburu' terhadap tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilihat berat sebelah.

"Saya akui ada melakukan kesilapan apabila membuat siaran langsung itu, tetapi ia dibuat kerana rasa cemburu dan rasa tidak puas hati kerana hanya kami yang diambil tindakan, tetapi tidak premis judi.

"Apabila pendedahan itu menjadi tular, ia mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri yang mahu untuk berjumpa saya untuk mengetahui perkara ini.

"Apa yang berlaku ini adalah lonjakan luar biasa dalam mendedahkan kegiatan judi. Mungkin dengan tindakan ini (tular) ia boleh mendorong kegiatan perjudian ini pupus di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak prihatin terhadap isu judi di kawasan ini serta memberi sokongan kepada saya selepas apa yang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi dipercayai dijadikan sebagai premis judi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata, tindakan beliau mendedahkan perkara itu mengakibatkan hubungan beliau dengan penjaja lain di kawasan berkenaan menjadi renggang.

"Tidak dapat dinafikan ada penjaja marah terhadap saya kerana mereka tidak dibenarkan berniaga oleh pihak MBSA selepas pendedahan itu.

"Malah, ada penjaja memaklumkan mereka turut dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan dalam operasi dilakukan pihak MBSA pagi tadi.

"Dalam perkara ini, saya mohon maaf kepada semua penjaja terjejas dan tidak dapat berniaga kerana pendedahan itu sama sekali tidak dirancang.

"Saya harap pihak MBSA membenarkan penjaja di kawasan itu untuk berniaga semula seperti biasa," katanya yang memaklumkan tiada wakil MBSA menghubunginya berhubung perkara terbabit.

Berita berkaitan

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Saya belum dapat maklumat - Datuk Bandar Shah Alam

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 8:21pm
d