mutakhir

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan siasatan terhadap pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, bukan untuk menghukum, sebaliknya prosedur biasa untuk menyiasat dakwaan dilakukannya.

Beliau berkata, siasatan itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai segala tuduhan dan tohmahan dikeluarkan pengusaha terbabit berkaitan kewujudan premis perjudian di Sungai Buloh.

"Ia bertujuan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil berhubung perkara itu.

"Kita memberi jaminan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat perkara terbabit dengan adil," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika hadir bersama Mohd Asri bagi meninjau lokasi dipercayai dijadikan sebagai premis judi di alan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Pada sama sama, Hamzah menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran betul dalam melaporkan sebarang aktiviti jenayah termasuk kegiatan judi bagi mengelak keselamatan diri mereka terancam.

Beliau berkata, tindakan membuat laporan menggunakan media sosial boleh mengundang risiko bahaya kepada pihak terbabit.

"Kita memang menggalakkan orang ramai memberi maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka, namun biarlah ia dibuat mengikut undang-undang ditetapkan dan tidak bertindak secara melulu.

"Jangan sewenang-wenang membuat perkara viral (tular) kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga.

"Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan di media sosial, sebaliknya buat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya.

Berita berkaitan

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Saya belum dapat maklumat - Datuk Bandar Shah Alam

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 8:53pm
d