mutakhir

Sembilan gerai di Desa Pandan terbakar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SEMBILAN gerai musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan 2/76B, Desa Pandan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 5.38 pagi.

Menurutnya, susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan dibantu BBP Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba pada 5.50 pagi, kita dapati kebakaran membabitkan sembilan gerai dan ia terbakar 100 peratus.

"Kebakaran berjaya dikawal oleh anggota bomba dari merebak pada 06:01 pagi dan padam sepenuhnya 18 minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Armdan berkata, jumlah keseluruhan gerai yang berada di kawasan kebakaran adalah sebanyak 68 buah gerai.

"Tiada mangsa yang terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 8:15am
d