mutakhir

6 murid cedera dihempap siling [METROTV]

Oleh Amir Mamat

SEKURANG-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, Melaka selepas dikatakan dihempap siling dalam kejadian ribut, pagi hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika sesi pembelajaran bermula sekitar jam 10 pagi, menyebabkan sebahagian bumbung bangunan di sekolah berkenaan diterbangkan angin.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada 10.17 pagi.

"Maklumat awal diterima terdapat kira-kira 22 murid trauma dan kini dirawat, manakala enam murid cedera ringan serta luka di kepala dipercayai dihempap siling," katanya.

Murid yang cedera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 1:05pm
d