mutakhir

Alamak, tertekan minyak...

Oleh Nurul Amanina Suhaini

AKIBAT tertekan pedal minyak, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun merempuh kedai serbaneka stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas, Pontian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian jam 2 petang, lelaki yang memandu kereta Proton Persona itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu membelok ke stesen minyak untuk mengisi petrol.

"Pemandu dikatakan tertekan pedal minyak dan merempuh pintu kedai sebuah stesen minyak.

"Akibat kemalangan itu, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam berlaku di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 8:44pm
d