mutakhir

Maut motosikal terbabas dalam parit

Oleh Melvin Joni

LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit berhampiran rumahnya di Jalan Kampung Nangka/Pinang, Kota Samarahan, 6.20 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Dublin Andrew Ajan, 57, dari Kampung Entingan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pergi ke kedai.

"Semasa kejadian, mangsa dari arah Kota Samarahan hendak pulang ke rumah selepas pergi ke kedai.

"Semasa hendak masuk ke simpang rumahnya, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit," katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semasa kejadian, cuaca dalam keadaan baik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 9:58pm
d