mutakhir

Dari Bersatu ke Pejuang...

Oleh Yusmizal Dolah Aling

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan parti baharu yang ditubuhkannya akan menggunakan singkatan nama Pejuang.

Dalam status di Facebooknya, hari ini Ahli Parlimen Langkawi itu turut berkongsi nukilannya mengenai hala tuju parti berkenaan.

Katanya, parti itu ditubuhkan kerana kesedaran untuk menghapuskan rasuah dan memartabatkan orang Melayu.

"Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih PEJUANG," katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai platform untuk bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meneruskan aktiviti mereka di dalam politik.

Parti baharu itu akan mendokong dasar Bersatu seperti mana di awal penubuhannya dahulu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi mengesahkan nama singkatan berkenaan akan digunakan oleh parti terbabit kelak.

"Ya, singkatannya adalah Pejuang. Tunggulah nama penuh akan diumumkan nanti, tapi singkatannya memang Pejuang," katanya.

Disiarkan pada: August 12, 2020 @ 5:15pm
d