mutakhir

Covid-19: 11 kes baharu, tiada kematian

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEBANYAK 11 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 9,114 kes dengan jumlah kes aktif 172 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan itu adalah berkaitan kes import membabitkan tujuh warga tempatan dan seorang bukan warganegara.

"Lapan kes import berkenaan membabitkan tiga kes dari Singapura, Filipina (3), Australia (1) dan Jepun (1).

"Terdapat tiga kes penularan dalam negara membabitkan dua kes warga tempatan dan satu bukan warganegara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kes penularan Covid-19 dalam negara adalah kes saringan bergejala di pusat perubatan di Kedah.

"Terdapat lapan kes yang sudah pulih pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,817 atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 12, 2020 @ 5:30pm
    d