mutakhir

Tujuh sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad [METROTV]

Oleh Nor Farhani Che Ad

JENAZAH tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Kulim, dalam satu liang lahad pada 8.30 malam ini.

Kesemua jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada 6.15 petang.

Jenazah Fatimah Mat Isa, 68, bersama anak lelakinya, Mohd Zairul Mat Isa, 34; Nuratiqah Abd Hamid, 30, (isteri Mohd Zairul), Nur Qaseh Damia, 4 (anak Mohd Zairul); Hasliza Mahmud, 40, (anak saudara Fatimah), Zulkifli Shuib, 49, (suami Hasliza) dan Mohd Alif Firdaus, 3, (anak Hasliza) kemudiannya disolatkan di pekarangan tanah perkuburan berkenaan.

Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan dibenarkan hadir menziarahi jenazah.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu.

Selain tujuh maut, kemalangan pada 5.30 petang itu turut menyebabkan dua lagi parah, manakala seorang dirawat di zon kuning selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Mangsa yang cedera dan masih dirawat di HRPB, Ipoh dikenal pasti sebagai anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Shah, 11 dan seorang remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai 'Apit', 16.

Berita berkaitan

Jenazah 7 sekeluarga 'pulang' ke Serdang untuk pengebumian

'Tok Tam teringin sangat ke Cameron Highlands'

'Kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?'

'Percutian tragis dua keluarga'

'Perodua Alza masuk laluan bertentangan sebelum terbalik'

'7 maut MPV bertembung lori'

Disiarkan pada: August 12, 2020 @ 8:25pm
d