mutakhir

Polis cari dua beradik

Oleh Adnan Ibrahim

POLIS Daerah Kluang menggesa adik-beradik yang tinggal di Kampung Mohd Amin di Simpang Renggam dekat Kluang tampil bagi siasatan kes mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan (KK).

Turut dicari bagi membantu siasatan adalah remaja yang tinggal di Jalan Bacang 6, Taman Kota Masai di Masai Johor berkaitan kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dua beradik berkenaan iaitu Norrazuan Nordani, 33, dan adiknya, Norhadi, 30, dikehendaki berkaitan kes pecah rumah yang berlaku pada 2019.

Katanya, Mohd Fitri Daniel Rashid, 17, pula dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan kes samun pada 2019.

"Selain tiga individu ini, pihak Polis turut mencari 15 lelaki serta seorang wanita untuk membantu siasatan bagi pelbagai kes jenayah yang berlaku antara tahun 2016 hingga tahun ini.

"Daripada jumlah itu, enam orang terlibat dalam jenayah kekerasan, jenayah hartabenda (5 orang) dan kes perjudian (8 orang),"katanya melalui kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Mohd Abduh, pihaknya percaya semua individu yang dicari ini masih berada di dalam negeri Johor atau negeri-negeri lain yang berhampiran.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau semua individu berkenaan boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang atau mana-mana Balai Polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 11:33am
d