mutakhir

Coway KECIL untuk kediaman cosmopolitan

Oleh Suliati Asri

PENULEN air kini sudah menjadi keperluan kepada gaya hidup moden masyarakat zaman ini.

Pelbagai jenama penulen air yang dijual di pasaran dan masing-masing menawarkan jenis, saiz dan kelebihan tersendiri.

Walaupun penulen air memudahkan kehidupan selain memberikan pengguna air yang bersih, kebanyakan saiz penulen air ini besar dan menyebabkan ia menjadi dilema kepada kebanyakan pengguna terutama yang mempunyai ruang dapur terhad.

Oleh yang demikian, untuk mendorong rakyat negara ini menjalani kehidupan lebih baik dan sihat, jenama perkakasan rumah nombor satu di Korea Selatan dan Malaysia, Coway telah memperkenalkan penulen air terbaharunya yang dipanggil KECIL untuk mengatasi isu ruang dapur terhad seperti di rumah teres, apartmen dan kondominium.

#Reka bentuk ramping dan berteknologi tinggi

Menarik mengenai Coway KECIL ini, ia mempunyai reka bentuknya ramping dan langsing berukuran tujuh inci untuk menjimatkan ruang dapur padat selain pelengkap gaya bagi ruang kecil.

Penulen air ini juga menggunakan paparan digital yang memperlihatkan lagi kemodenan Coway KECIL ini.

Ia juga dilengkapi dengan fungsi pengekstrakan air satu sentuhan digital inovatif. Lebih

menarik, pengguna juga tidak perlu menunggu air penuh dalam tangki malah boleh mengambil air biasa secara terus pada bila-bila masa sahaja sepantas 0 saat. Paling penting, air yang diperoleh juga bersih dan selamat dengan teknologi pembersihan segera yang digunakan.

#Tawar lima pilihan suhu

Syarikat perkakas rumah terkemuka dengan pengalaman bertahun-tahun di pasaran dengan teknologi canggih ini nyata arif dalam memahami keperluan kebanyakan masyarakat Malaysia yang memerlukan pelbagai suhu air dalam satu masa.

Berbanding jenama lain yang kebanyakannya menyediakan tiga pilihan suhu iaitu panas, sejuk dan biasa, Coway KECIL memberi lima tetapan suhu pilihan iaitu kopi 80-85 darjah Celsius, teh

65 - 75 darjah Celsius, susu bayi 40 – 50 darjah Celsius, Ambient atau suhu normal dan sejuk.

Oleh itu, pengguna kini tidak perlu lagi mencampurkan air panas dan biasa untuk mendapatkan air dengan suhu tepat untuk membuat susu bayi terutamanya. Susu bayi Dengan Coway KECIL ini, pengguna boleh memilih mengikut tetapan diinginkan dengan hanya sentuhan mudah.

Coway KECIL ini juga memberikan pilihan empat tetapan isi padu air diinginkan iaitu 250, 500, 1,000 mililiter (ml) dan 'Continuous-berterusan'. Setiap had mempunyai fungsi bagi kegunaan seharian pengguna dan paling penting, sangat menyenangkan kehidupan.

#Perkhidmatan servis selepas pembelian

Seperti penulen air yang berada di pasaran, Coway KECIL ini juga memerlukan servis berkala bagi menjaga kebersihan dan kualiti air.

Dengan Coway, pengguna tidak perlu risau mengenainya kerana ia menawarkan perkhidmatan servis selepas pembelian yang kerap iaitu dua bulan untuk penulen air dan udara bagi pembelian secara sewa beli.

Tidak hanya menjimatkan ruang, Coway KECIL ini juga menjimatkan 'poket' pengguna dengan menawarkan pembelian secara sewaan bulanan dengan hanya RM99 selama lima tahun.

Menariknya, menerusi sewa beli ini, pengguna dapat menikmati perkhidmatan servis selama lima tahun secara percuma.

Bagi yang ingin membeli terus tanpa bayaran bulanan, ia dijual pada harga RM3,590 dengan perkhidmatan servis selama setahun secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway KECIL ini, layari www.coway.com.my.

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 3:12pm
d