mutakhir

Polis Tumpat rampas 11,800 karton rokok seludup bernilai RM590,000 [METROTV]

Oleh Siti Rohana Idris

PENAHANAN sebuah lori di simpang empat Jalan Kampung Besut di Tumpat, jam 4.30 pagi tadi membawa kepada penemuan 11,800 karton rokok seludup bernilai RM590,000.

Rokok seludup itu pula untuk edaran luar negeri ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, dua lelaki yang juga pemandu serta kelindan berusia 36 serta 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Kami menemui 236 kotak mengandungi 11,800 karton rokok jenama John JGI yang dibawa masuk dari Thailand.

"Hasil ujian saringan air kencing terhadap dua suspek mendapati ia negatif namun mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di IPD Tumpat.

Pemandu lori itu mempunyai tiga rekod lampau manakala kelindannya satu rekod. Semuanya berkaitan dadah.

"Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 16 Ogos ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967," katanya.

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 5:30pm
d