mutakhir

Gangguan air di tiga daerah Negeri Sembilan, 18 Ogos

Oleh Mohd Amin Jalil

SEBAHAGIAN kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8 pagi pada 18 Ogos hingga 8 pagi, 19 Ogos.

Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Jelai.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, ia akan membabitkan 80 kawasan.

Katanya, di daerah Kuala Pilah akan membabitkan sebanyak 67 kawasan, Jempol (12 kawasan) dan hanya satu kawasan di Tampin.

"Bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat sebaik selesai kerja-kerja berkenaan, namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh gangguan lebih lama.

"Kerja dilakukan ini antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air untuk kepentingan pengguna.

"Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.

Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 9:33am
d