mutakhir

'Satu kemenangan untuk rakyat' [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

PENAHANAN penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai kemenangan buat rakyat.

Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.

"Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pembongkaran tempoh hari menyebabkan tangkapan terhadap penguat kuasa dibuat.

Katanya, ini bermakna apa yang dilakukan anak guamnya bukan sesuatu yang sia-sia kerana tanpa pembongkaran ini tidak pasti bila tindakan akan diambil.

"Ini baru di Sungai Buloh (penutupan premis judi susulan pembongkaran), belum lagi di tempat lain di Selangor dan negeri lain.

"Kita gesa lebih ramai lagi pemberi maklumat seperti Asri untuk tampil jika wujud salah guna kuasa, rasuah dan salah laku lain," katanya.

Ahmad Amzar berkata, kesilapan dalam kenyataan membabitkan solat oleh anak guamnya adalah isu berbeza namun jika dilihat dalam gambaran yang lebih besar pendedahan ini membuktikan wujud salah laku dan guna kuasa dalam kalangan penguat kuasa.

Dalam rakaman secara langsung dilakukan minggu lalu, Asri mendedahkan masih wujud premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Kontroversi itu kemudian mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut turun padang ke lokasi untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai dakwaan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan tindakan tegas akan diambil jika didapati wujud salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan pegawai dan anggotanya yang melindungi aktiviti perjudian.

Berita berkaitan:

  • 4 penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman seminggu [METROTV]
  • Video Asri Janggut: 'Berani buat, beranilah tanggung' - KP Selangor
  • Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi
  • Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM
  • Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam
  • Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi
  • Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah
  • Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut
  • Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati [METROTV]
  • Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin [METROTV]
  • Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN
  • Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut
  • SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh
  • 'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]
  • 'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN
  • Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular
  • Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA
  • Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 2:17pm
    d