mutakhir

Wanita ditahan jual tambah nilai judi dalam talian

Oleh Nor Farhani Che Ad

SEORANG wanita berusia 25 tahun ditahan kerana menjual tambah nilai judi dalam talian di lorong belakang kawasan perniagaan Taman Serai Wangi, Padang Serai di Kulim, jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim berkata, kegiatan itu dijalankan di sebalik perniagaan tambah nilai prabayar telefon bimbit.

"Sepanjang pemantauan, kami dapati ada aktiviti mencurigakan di lorong belakang premis berkenaan.

"Hasil serbuan, kami dapati wanita terbabit menjual tambah nilai judi dalam talian," katanya pada kenyataan hari ini.

Azhar berkata, berikutan itu, pihaknya menahan suspek serta merampas telefon bimbitnya.

Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 4:55pm
d