mutakhir

Jangan dekati gajah liar

Oleh Adnan Ibrahim

PENDUDUK Kampung Sri Cahaya dan Sri Timur, Kluang dinasihati tidak menghampiri kumpulan gajah liar yang berkeliaran berhampiran kampung berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya khuatir haiwan liar itu bertindak agresif jika didekati manusia.

Katanya, pihaknya menerima aduan awal berhubung kehadiran kumpulan gajah liar itu di kampung berkenaan pada 11 Ogos lalu.

"Berikutan itu, tiga kakitangan Perhilitan Daerah Kluang dihantar ke kampung berkenaan untuk melaksanakan pemantauan serta kawalan.

"Hasil daripada pemantauan mendapati dua hingga lima gajah itu datang untuk mencari makan dari Empangan Kahang," katanya.

Kelibat gajah liar itu kelihatan di Kampung Sri Timur kira-kira jam 7.30 pagi hari ini.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 5:03pm
d