mutakhir

12 kes baharu Kluster Tawar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TERDAPAT 12 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar, hari ini, iaitu 10 kes di Kedah dan dua kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 33 kes.

"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 657 individu disaring dalam kluster ini.

"Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah Kedah (520 disaring) dengan 30 kes dikesan positif, 472 individu negatif dan 18 individu masih menunggu keputusan.

"Di Pulau Pinang (129 disaring) tiga kes dikesan positif Covid-19; 119 individu negatif; dan tujuh individu masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lapan disaring di Perak dan tiada kes dikesan positif Covid-19 dan lapan individu masih menunggu keputusan.

"Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 5:51pm
    d