mutakhir

Lelaki dikehendaki polis sejak 2017 ditahan bersama heroin

Oleh Nor Farhani Che Ad

SEORANG lelaki yang dikehendaki polis sejak 2017 ditahan bersama sejumlah dadah berhampiran kawasan Kulim Hitech di Kulim, jam 11.30 pagi semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan curi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan dalam poket seluar suspek menemui 29 paket dadah jenis heroin seberat 35.5 gram bernilai RM1,775.

"Suspek mengaku terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lalu," katanya pada kenyataan hari ini.

Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim Hitech untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 5:58pm
d