mutakhir

Adun Batang Kali umum keluar Bersatu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Harumaini Omar mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti baharu, minggu lalu.

Harumaini berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.

"Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.

"Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya pada satu kenyataan media.

Sebelum ini Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong Dr Mahathir.

Mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 10:33pm
d