mutakhir

Covid-19: 6 kes baharu Kluster Tawar [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TERDAPAT enam kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar hari ini, iaitu lima kes di Kedah dan satu kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

"Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 899 individu disaring dalam kluster ini.

"Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah Kedah (727 disaring) dengan 35 kes dikesan positif Covid-19, 643 individu negatif dan 49 individu masih menunggu keputusan.

"Di Pulau Pinang (164 disaring) empat kes dikesan positif Covid-19, 155 individu negatif dan lima individu masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Perak (lapan disaring) dan lima negatif sementara tiga lagi keputusan.

"Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Disiarkan pada: August 16, 2020 @ 5:31pm
d