mutakhir

Cubaan seludup 1,500 telur penyu gagal

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

PASUKAN Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 1,500 telur penyu selepas menahan bot pam di perairan Sungai Batu 3, Sandakan pada 5 pagi, hari ini.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Hussien Muin berkata, nilai rampasan termasuk bot berkenaan mencecah RM5,00.

Katanya, pasukan PPM Sandakan yang menjalankan rondaan mengesan pergerakan mencurigakan bot itu yang menghala masuk ke Sungai Batu 3 dan bertindak menghampirinya.

"Juragan bot memandu laju apabila menyedari kehadiran anggota PPM dan dia kemudian terjun dari bot dan menghilangkan diri di daratan.

"Namun bot putih dengan nombor pendaftaran Filipina itu dirampas sebelum anggota menemui tiga guni plastik berisi 1,500 telur penyu.

"Susulan itu, bot dan barang rampasan diserahkan kepada JHL untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka siasatan mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997

Disiarkan pada: August 18, 2020 @ 12:06pm
d