mutakhir

Gempa bumi kuat di Selatan Sumatera, pagi ini

Oleh BERNAMA

GEMPA bumi kuat berukuran 7 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada 6.29 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu dengan kedalaman 84 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: August 19, 2020 @ 8:44am
d