mutakhir

KKMM teliti video ayah pandai masak air ketum

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneliti penularan video murid sekolah yang viral di media sosial sama ada mempunyai unsur buli siber atau sebaliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyebaran video seumpama itu boleh memberikan tekanan dan kecaman kepada pihak berkaitan biarpun secara dasarnya mereka hanya berkongsi sesuatu yang lazim.

"Saya belum tengok lagi video itu, (tetapi) saya akan selidik dan dapatkan maklumat. Ada waktunya kita tidak perasan berkongsi sesuatu perkara yang lazim sahaja yang pada kita ia tiada apa-apa tetapi selepas itu kita kena 'balun' bertalu-talu.

"Bagi sesetengah orang itu menimbulkan tekanan dan tentulah kita perlu bantu mereka.

"Seperti kes video ini mereka berkongsi benda biasa sahaja mengenai hal keluarga, tiada apa-apa pun tetapi orang 'balun', jadi itu mungkin sudah masuk dalam buli siber," katanya pada majlis mesra bersama media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di Slim River, hari ini.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Berita berkaitan

Saya tak gila nak aibkan orang, bukan saya tularkan - Cikgu S

'Guru berperanan tunjuk contoh baik - PIBGN'

'Siasat penyebaran video 'ayah masak ketum': NUTP'

Disiarkan pada: August 19, 2020 @ 5:41pm
d