mutakhir

Amanah nafi enam Ahli Parlimen lompat parti

Oleh BERNAMA

SETIAUSAHA Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli hari ini menafikan khabar angin, kononnya enam Ahli Parlimen parti itu dijangka akan keluar parti dan menyertai Bersatu, seperti dilapor sebuah portal.

Bercakap kepada Bernama, Mohd Hatta berkata, perkara itu tidak boleh dipercayai sama sekali.

"Tak boleh percaya...'no such thing'..tak ada pun (keluar parti)," katanya.

Terdahulu portal itu yang memetik sumber melaporkan, enam Ahli Parlimen berkenaan akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan krisis politik kembali berulang.

Menurut rekod, Amanah mempunyai 11 Ahli Parlimen.

Disiarkan pada: August 19, 2020 @ 6:08pm
d