mutakhir

Kilang terbakar, usaha pemadaman giat dilaksana

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KILANG menghasilkan produk campuran poliester di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, terbakar, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu kira-kira 4 petang.

"Sepasukan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi dan kerja pemadaman sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Ketika ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 6:47pm
d