mutakhir

Patah tulang rusuk terjatuh di 'awning'

Oleh Audrey Dermawan

WARGA emas terselamat selepas dipercayai terjun dari tingkat sembilan sebuah flat di Sungai Ara, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 1.18 tengah hari itu, lelaki berusia 74 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang rusuk selepas terjatuh di 'awning' (sengkuap) di tingkat enam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di 'awning' di tingkat enam dipercayai selepas terjun dari tingkat sembilan.

"Kami berjaya menurunkan mangsa dengan bantuan polis dan sukarelawan St John Ambulans Malaysia.

"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang rusuk sebelah kanan.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurutnya, operasi itu tamat pada 2.05 petang.

Disiarkan pada: August 21, 2020 @ 3:46pm
d