mutakhir

Wanita 63 tahun ditumbuk di muka oleh penjenayah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

GOMBAK: Seorang wanita berusia 63 tahun ditumbuk di muka oleh seorang daripada dua penjenayah yang menceroboh kediamannya di Rawang dekat sini, jam 9.15 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa yang menyedari kehadiran penjenayah menjerit untuk meminta pertolongan namun ditumbuk.

"Penjenayah melarikan wang RM1,000, barangan kemas dan beberapa telefon bimbit dengan nilai kerugian kira-kira RM5,000.

"Bagi mengelak wajah dikenal-pasti, penjenayah turut memakai pelitup muka," katanya.

Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian di Balai Polis Selayang.

Disiarkan pada: August 21, 2020 @ 8:57pm
d