mutakhir

Lori tangki terbakar

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SEBUAH lori tangki membawa muatan petrol musnah terbakar di Kilometer 34 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Genting Sempah, hala Pantai Timur malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.57 malam.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Wangsa Maju dengan kekuatan 19 anggota dikejarkan ke lokasi.

"Lori tangki bermuatan petrol itu terbakar di bahagian kepala lori dan anggota segera melakukan operasi memadamkan kebakaran.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian. Peratusan kebakaran adalah 95 peratus," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Disiarkan pada: August 21, 2020 @ 10:56pm
d