mutakhir

PRK Slim: Keluar mengundi ikut masa

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

PENGUNDI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim digalakkan keluar mengundi mengikut masa yang tertera pada kad pengundi.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, ia bagi mengelakkan pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai sekali gus memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan di pusat mengundi.

Menurutnya, pengundi yang sudah menerima kad pengundi atau mengetahui maklumat pengundian juga tidak perlu membuat semakan di barung semakan SPR, sebaliknya mereka boleh terus ke saluran mengundi.

"Pada kad pengundi kali ini, SPR meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan bagi setiap pengundi.

"SPR berharap pengundi keluar mengundi mengikut masa keluar itu.

"Pengundi yang tidak menerima kad pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

"Semakan boleh dibuat melalui portal semakan pemilih iaitu https://pengundi.spr.gov.my; Hotline SPR di talian 03-88927018; Aplikasi MySPR Semak; atau SMS ke 15888 (taip SPR

Katanya, pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

"Bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disarankan untuk mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

"Kad pengundi atau catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK Slim
  • Disiarkan pada: August 22, 2020 @ 11:17am
    d