mutakhir

Guna aplikasi navigasi punca masuk laluan motosikal

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PENGGUNAAN aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta Toyota Vios memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa.

Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

Berita berkaitan

Pemandu Toyota Vios dah serah diri

Polis cari pemandu Vios [METROTV]

Disiarkan pada: August 22, 2020 @ 11:57pm
d