mutakhir

Lagi lelaki bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang

Oleh Nur Izzati Mohamad

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Georgetown, di Kilometer 2.2 jambatan itu, malam ini.

Mangsa berusia 24 tahun dikatakan memberhentikan kereta Perodua Bezza dipandunya di laluan kecemasan sebelum terjun dari jambatan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kenyataannya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.36 berhubung insiden terbabit.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Ketika tiba didapati kenderaan dinaiki mangsa enjinnya masih hidup, manakala telefon bimbit mangsa ditemui di tepi jalan jambatan itu," katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Insiden itu adalah kejadian kedua membabitkan kes bunuh diri yang direkodkan di jambatan terbabit minggu ini.

Kejadian pertama pada Selasa lalu membabitkan lelaki berusia 54 tahun.

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 11:56pm
d