mutakhir

Hantar borang B selewat-lewat 31 Ogos

Oleh BERNAMA

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan untuk mengemukakan borang B bagi tahun taksiran 2019 selewat-lewatnya, 31 Ogos ini.

Sebagai panduan pengemukaan borang itu, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 menerusi pautan bagi bahasa Melayu: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_1.pdf dan pautan bagi bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_2.pdf.

Bagi membantu pembayar cukai individu kategori itu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka, turut disediakan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2019 yang boleh diakses dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Individu > Pelepasan Cukai.

LHDN dalam kenyataan hari ini turut meminta pembayar cukai mengisi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses bayaran balik cukai.

Antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan).

"Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDNM dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: August 24, 2020 @ 2:06pm
d