mutakhir

Tiada kes baharu Kluster Tawar, hari ini

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin

TIADA kes baharu dalam Kluster Tawar direkodkan hari ini, namun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari, hari ini seramai 3,436 orang disaring dalam kluster berkenaan.

Menurutnya, pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah Kedah apabila 2,907 disaring dengan 54 kes dikesan positif Covid-19, 2,393 individu negatif dan 460 individu masih menunggu keputusan.

"Di Pulau Pinang, 518 disaring) membabitkan 11 kes dikesan positif Covid-19, 506 individu negatif dan satu individu masih menunggu keputusan.

"Di Perak pula, kekal 11 orang disaring apabila semua negatif dan tiada saringan baharu," katanya dalam satu kenyataan media harian Covid-19 di Kuala Lumpur, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 24, 2020 @ 5:33pm
    d