mutakhir

'Balas dendam' selepas disengat 13 tebuan

Oleh Rosman Shamsudin

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim memusnahkan sarang tebuan di kawasan perumahan Taman Slim Permata, Slim River, 8.20 malam ini.

Pegawai APM Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang penduduk taman itu pada 9 pagi hari ini, sebelum lima anggota APM bergegas ke lokasi terbabit.

Katanya, pengadu berusia 19 tahun itu mendakwa dia diserang dan disengat 13 ekor tebuan di situ, baru-baru ini sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

"Kami perlu mengambil tindakan segera memandangkan sarang tebuan itu hanya terletak 50 meter dari kawasan perumahan.

"Kami mengambil masa 10 minit sahaja untuk memusnahkan sarang tebuan terbabit yang terletak pada dahan sebatang pokok," katanya.

Shahrizal berkata, APM mengambil tindakan segera kerana bimbang keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang sering bermain di kawasan jalan taman itu.

Disiarkan pada: August 24, 2020 @ 10:23pm
d