mutakhir

Pemancing guna bot tanpa lesen ditahan

Oleh Zuhainy Zulkiffli

LIMA pemancing ditahan kerana memancing dengan bot yang tiada lesen sah di 1.5 batu nautika dari timur Batu Maung dekat Georgetown.

Mereka yang kesemuanya warga tempatan dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang ketika rondaan sempena Op Benteng pada 3.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, ketika ditahan mereka juga gagal mengemukakan dokumen insurans diperlukan.

"Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut," katanya.

Hamizan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang perairan negara dan orang ramai yang mengesan salah laku serta jenayah diminta menyalur maklumat ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di 04-2626146 mahupun 04-264 3650.

Disiarkan pada: August 26, 2020 @ 1:55pm
d