mutakhir

100 premis dikompaun DBKL [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

TINGGALKAN premis apabila melihat anggota penguat kuasa kemudian melarikan diri. Itu tindakan pekerja di premis sebuah pusat beli-belah di Jalan San Peng di Kuala Lumpur, bagi mengelak diperiksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam operasi premis perniagaan yang bermula pada 11.30 pagi itu, sebanyak 150 premis diperiksa.

Timbalan Pengarah Kanan 1, Jabatan Perlesenen dan Pembangunan Perniagaan DBKL, Mohd Muzammer Jamaluddin berkata, pemeriksaan mendapati ada premis di pusat beli-belah berkenaan melakukan pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah beroperasi tanpa lesen, membuat halangan dan menggajikan pekerja warga asing.

"DBKL mengambil tindakan untuk mengeluarkan kompaun kepada kira-kira 100 premis yang beroperasi tanpa lesen," katanya ketika ditemui selepas operasi itu, hari ini.

Mohd Muzammer berkata, sebelum operasi dijalankan pihaknya sudah melakukan tinjauan dan memberi nasihat kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

"Tujuan operasi dijalankan adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis dalam pusat beli-belah.

"Tindakan penguatkuasaan diambil dari aspek premis tidak berlesen, premis dikendalikan oleh warga asing, pematuhan produk, pematuhan produk biodigradasi dan lesen papan tanda," katanya.

Disiarkan pada: August 26, 2020 @ 4:18pm
d