mutakhir

Sumbang bekalan dua bulan

Oleh BERNAMA

EDRA Power Holdings Sdn Bhd (Edra), Penjana Tenaga Bebas (IPP), terkemuka tampil membantu lebih 500 keluarga isi rumah B40 yang menghadapi kesukaran dalam menghadapi wabak Covid-19.

Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) dengan kerjasama badan bukan kerajaan Women of Will mengedarkan bekalan keperluan asas untuk dua bulan meliputi beras, minyak masak, makanan dan minuman dalam tin kepada lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.

Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kumpulan Edra Jennifer Aleeya Wong berkata, PPR tersebut ialah PPR Bandar Tun Razak, PPR Lembah Subang, PPR Batu Muda, PPR Taman Keramat dan PPR Sungai Sering.

"Walaupun kita kini berada dalam fasa pemulihaken Perintah Pergerakan Pemulihan (PKP), namun ada keluarga yang masih berjuang untuk memberi makan keluarga mereka, terutama dalam kalangan kumpulan B40," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Edra power adalah IPP kedua terbesar di Malaysia dan mengendalikan 9 loji jana kuasa tempatan, di Mesir dan Bangladesh.

"Walaupun program bantuan telah dimulakan dua minggu yang lalu, Edra Power percaya bahawa lebih banyak bantuan dari sektor swasta diperlukan untuk membantu usaha kerajaan dalam membantu rakyat," katanya.

Katanya, bantuan berkenaan sedikit-sebanyak dapat memastikan penerima menyimpan sedikit wang dapur untuk dijadikan modal perniagaan kecil mereka atau membayar sewa sebaik penangguhan bayaran pinjaman di bank-bank berakhir pada September ini.

Seorang penjual makanan, Siti Aida Nyan berkata, bantuan berkenaan tepat pada masanya setelah suaminya baru sahaja mendapat pekerjaan dan beliau pula sedang berusaha memulakan semula perniagaan dalam talian.

Sementara itu, bagi Chin Moi, 67, dari PPR Sri Kota Cheras, bantuan bekalan makanan selama dua bulan itu benar-benar meringankan beban beliau lima beranak dan wang untuk membeli keperluan asas dapat digunakan untuk membayar sewa Oktober.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 27, 2020 @ 5:48pm
    d