mutakhir

Tiada kanak-kanak Kluster Tawar dirawat di ICU [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

TIADA kanak-kanak daripada Kluster Tawar dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, seramai 21 kanak-kanak disahkan positif wabak Covid-19 daripada keseluruhan 73 kes kluster berkenaan.

"Ini bermakna kanak-kanak mampu melawan penyakit, tetapi mereka tetap berisiko terkena jangkitan.

"Kesemua kanak-kanak terbabit kini dirawat di hospital dan dipantau secara rapi," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak terbabit diyakini pulih sekiranya diberi rawatan.

Katanya, berdasarkan kajian terdahulu hampir 96.8 peratus kanak-kanak dijangkiti Covid-19 pulih sepenuhnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 27, 2020 @ 6:24pm
    d