mutakhir

Imigresen Selangor tahan 20 PATI

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

DUA puluh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pada serbuan di kedai makan sekitar Shah Alam dan Subang Jaya serta rumah pekerja di Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan dijalankan 15 anggota dan pegawai bermula jam 9 malam semalam hingga jam 3 pagi tadi.

"Tiga puluh warga asing diperiksa dan 20 daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 seperti tinggal permit sah.

"Individu ditahan membabitkan 15 lelaki dan lima wanita berusia 20 hingga 51 tahun berasal dari Indonesia, Bangladesh, India, Thailand serta Pakistan," katanya.

Menurut beliau, warga asing terbabit dibawa ke klinik kesihatan bagi ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di depoh tahanan.

Disiarkan pada: August 28, 2020 @ 2:58pm
d