mutakhir

Diskaun 15 peratus di Lebuhraya MEX

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan diskaun 15 peratus bagi semua kelas pengguna lebuh raya itu sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Diskaun itu bermula 12 tengah malam 30 Ogos sehingga 11.59 malam 31 Ogos ini.

MEX menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, diskaun ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuh raya yang dianggarkan lebih 142,000 pengguna

Maklumat terkini mengenai diskaun tol itu serta laporan trafik, pengguna boleh melayari laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau hubungi hotline 03-83159111.

Disiarkan pada: August 29, 2020 @ 8:47pm
d