mutakhir

Bomba sanitasi pejabat JPN Pokok Sena

Oleh Zuliaty Zulkiffli

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan sanitasi awam di luar dan dalam bangunan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Pokok Sena dekat Alor Setar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sanitasi awam itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima ada kontak rapat pesakit Covid-19 pernah masuk ke kawasan itu.

Berikutan itu katanya, sanitasi itu dilakukan oleh sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi Azrul Musa.

"Sanitasi dilakukan 8.20 hingga 8.50 pagi hari ini membabitkan empat anggota bomba.

"Anggaran keluasan keseluruhan adalah 93 meter persegi dan bahan kimia yang digunakan adalah sodium hypoclorite," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, antara barangan digunakan adalah dua unit penyembur tangan dan satu unit knapsack sprayer.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 12:36pm
    d