mutakhir

Kelazatan Ribena memikat rasa

Oleh Yusmizal Dolah Aling

RASA yang sedap berbanding kordial lain mendorong pengguna untuk terus menjadikan Ribena sebagai minuman kegemaran.

Malah, keenakan rasa selain sudah lama berada di pasaran menjadi faktor mengapa Ribena begitu digemari ramai serta menjadi jenama dipercayai.

Jadi tidak hairanlah kordial Ribena 600 mililiter (ml) yang diedarkan secara percuma bersama akhbar Metro Ahad di Bazarena Stadium Shah Alam, hari ini, hasil tajaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MeQBekind menjadi rebutan pengunjung.

Penggemar Ribena, Nur Izyani Abd Mohan, 24, berkata, dia membeli minuman berkenaan setiap bulan dan inisiatif mengedarkan Harian Metro dan Ribena secara percuma umpama bonus baginya.

"Rasanya sedap dan manis, saya selalu minum. Sejak beberapa tahun lalu saya menggemari rasanya dan setiap bulan saya akan beli. Hari ini dapat percuma, terima kasih," katanya ketika ditemui di Bazarena Stadium Shah Alam hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Azeem Naim, 24, berkata, rasa Blackcurrant asli menjadi salah satu sebab dia menggemari minuman popular itu sejak dulu lagi.

Katanya, dia pernah mencuba beberapa minuman perisa sama daripada jenama lain, namun rasa Ribena lebih sedap.

"Ribena ini ada rasanya yang tersendiri dan sebab itu saya sukakannya. Saya pernah minum sebelum ini dan rasa hendak beli lagi, memang sedap," katanya.

Bagi pesara, Rahim Toman, 60, rasa Ribena begitu digemari cucu-cucunya menyebabkan dia selalu membeli produk minuman itu.

Menurutnya, rasa masam manis yang menyelerakan menjadi antara sebab mengapa mereka begitu inginkan Ribena setiap kali ke kedai.

"Ia juga mengandungi vitamin dan lebih baik daripada minuman lain, sebab itu saya juga suka minum dan beri mereka (cucu) minum.

"Memang saya tengok kanak-kanak juga sukakan Ribena ini. Mungkin kerana rasanya yang lazat," katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 2:47pm
d