mutakhir

SPRM nafi keluar kenyataan media siasat kes sogokan di PRK Dun Slim

Oleh Suraya Roslan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim' berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

SPRM dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini, memaklumkan, bagaimanapun SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau sebarang salah laku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim supaya menyalurkan maklumat berkenaan kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kenyataan akhbar kononnya dikeluarkan SPRM mengenai video penawaran pemberian wang sogokan untuk bakal pengundi PRK N58 Dun Slim.

Dalam kenyataan palsu itu, SPRM mengesan dan menyiasat individu dalam video didakwa menawarkan sejumlah wang kepada pengundi berbangsa Melayu sebanyak RM150 supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

  • Lagi berita berkaitan PRK Slim
  • Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 4:40pm
    d