mutakhir

Covid-19: Semua 45 kes daripada Kluster Sivagangga sembuh, discaj

Oleh Shamran Sarahan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan semua 45 kes positif Covid-19 daripada Kluster PUI Sivagangga sudah sembuh dan discaj dari fasiliti kesihatan negara.

KKM menerusi ciapannya di Twitter menjelaskan, dua kes terakhir kluster itu dilaporkan pada 9 Ogos lalu dan kedua-duanya lelaki daripada generasi ketiga.

"Sehingga hari ini, kluster ini tiada kes baharu selama 23 hari dan akan diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu selepas 28 hari.

"Kes aktif terbesar ketika ini ialah Kluster Tawar dengan 33 (kes positif Covid-19) masih dirawat, 40 discaj dan dua kematian (dilaporkan)," ciapnya.

KKM turut menjelaskan, sebanyak 13 kluster aktif setakat 1 September termasuk kluster terbaharu, Kluster Benteng di Lahad Datu, Sabah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 2, 2020 @ 4:15pm
    d