mutakhir

Elemen antirasuah dalam BM

Oleh BERNAMA

Melaka: Elemen antirasuah melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 5 akan diperkenalkan di sekolah bermula tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, ia adalah usaha untuk mendidik pencegahan rasuah di peringkat awal persekolahan bagi membanteras gejala berkenaan.

"Pihak saya sedang memberikan tumpuan kepada pendidikan berkesan akan pencegahan rasuah di peringkat persekolahan dan universiti.

"Sebelum ini, subjek pendidikan sivik dan moral bagi sekolah rendah dan menengah sudah diperkenalkan termasuklah pendidikan sivik untuk prasekolah yang berkaitan dengan nilai-nilai murni," katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Selain itu, katanya, tiga pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bersetuju untuk mengadakan subjek elektif integriti dan rasuah selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NCAP).

Disiarkan pada: September 2, 2020 @ 7:21pm
d