mutakhir

Belum sedia bermesyuarat secara 'live streaming'

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) belum bersedia mengadakan mesyuarat penuh bulanan secara terbuka yang boleh ditonton masyarakat secara 'live streaming'.

Yang Dipertua MPJL, Raja Norazli Nordin berkata, siaran langsung secara 'live streaming' itu memerlukan perbelanjaan tinggi dan MPJL belum bersedia berbuat demikian.

Beliau berkata, untuk mengadakan 'live streaming', MPJL perlu membelanjakan RM80,000 yang perlu disusuli dengan 'live streaming' sempurna tanpa ada masalah capaian Internet.

"Bagi menggantikan 'live streaming', kami mengambil pendekatan lain iaitu membenarkan orang ramai khususnya pemimpin setempat hadir ke mesyuarat MPJL bermula 2018 dengan syarat membuat permohonan terlebih dahulu dengan MPJL.

"Kehadiran orang awam dalam mesyuarat MPJL sudah dilaksanakan ketika ini dan ia dianggap lebih praktikal berbanding secara 'live streaming'," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia ( ANULAE ) cawangan Majlis-Majlis Daerah Negeri Sembilan di Dewan MPJL Bahau, di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 6, 2020 @ 9:24pm
d