mutakhir

PH Johor sedia dengan kabinet bayangan

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Pakatan Harapan (PH) Johor bersedia dengan kabinet bayangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor, dalam masa terdekat.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hasaan berkata, agenda Kabinet bayangan termasuk calon Menteri Besar dibincangkan dalam mesyuarat PH Johor, Sabtu lalu.

Aminolhuda yang juga Pengerusi AMANAH Johor bagaimanapun tidak menamakan calon Menteri Besar yag diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

"Dalam mesyuarat PH Johor Sabtu lalu, kita bincangkan tentang Kabinet bayangan kita seandainya berlaku perubahan, dalam masa sama kita juga akan tentukan bilangan EXCO.

"Nama yang dicadangkan (sebagai bakal Menteri Besar) ada dua nama.

Sebenarnya Kabinet bayangan ini kepada kami adalah lebih kepada untuk memberi tanggungjawab kepada semua wakil rakyat.

"Bagaimanapun tunggu sahaja nanti apa yang berlaku," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani itu berkata demikian pada sidang media di Pejabat Amanah Johor, di sini, hari ini.

Mesyuarat tergempar PH Johor Sabtu lalu diadakan susulan perkembangan politik terkini Johor terutama menjelang persidangan Dewan Negeri Johor (DUN) pada 10 dan 13 September ini.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan ketika ini PN menguasai 29 kerusi dan pembangkang, 27 kerusi.

Pecahan 29 kerusi PN iaitu 14 dimiliki UMNO, BERSATU (12), dua MIC dan satu PAS, manakala blok PH disumbang 14 kerusi melalui DAP, sembilan milik Parti Amanah Negara (AMANAH) dan empat PKR.

Berita berkaitan:

  • Lima ADUN Bersatu mengadap Sultan Johor semalam
  • Disiarkan pada: September 8, 2020 @ 2:42pm
    d