mutakhir

Pemimpin politik ditahan bantu siasatan salah guna dana

Oleh Zahratulhayat Mat Arif

Ipoh: Timbalan Ketua Umno bahagian di negeri ini ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyalahgunaan dana RM500,000 milik persatuan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 61 tahun itu ditahan ketika tampil ke pejabat SPRM negeri pada 3 September lalu.

"SPRM menerima laporan berhubung tindakan lelaki itu yang didakwa memindahkan wang RM500,000 daripada akaun persatuan berkenaan ke akaun peribadinya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Disiarkan pada: September 9, 2020 @ 6:31pm
d