mutakhir

Mujur pemandu BMW tak rentung

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Terbabas menghentam sebatang pokok sebelum terbakar. Itu nasib dialami seorang pemandu kereta mewah model BMW sejurus terbabit kemalangan di Jalan Pulau Gadong di sini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan dipandu marak terbakar.

Pegawai Bomba Kanan II ,Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Roslan Manas, sepasukan anggota dan jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan pancutan air dan buih bagi memadamkan kebakaran itu..

Beliau berkata, sebanyak 70 peratus bahagian kenderaan itu terbakar termasuk bahagian enjin.

"Kejadian dikatakan berlaku apabila kereta itu bergesel dengan sebuah kereta model Honda Covic sehingga menyebabkan pemandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

"Kejadian itu hanya menyebabkan kecederaan ringan kepada pemandu BMW berkenaan serta pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 7:44pm
d